Posts

MPU21032 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN

Image
 PENGENALAN Perlembagaan Malaysia terhasil daripada perjuangan nasionalisme Melayu serta penglibatan etnik-etnik lain yang berunding sesama mereka termasuk sultan negeri-negeri di Tanah Melayu dan pihak British. Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Pada 31 ogos 1957 , Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan buat kali pertama. Kemudian , diperkenalkan pula sebagai perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 Septmeber 1963.  Perlembagaan ialah dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sebuah negara dan sistem politiknya. Perlembagaan menjadi sumber kepada undang-undang dalam negara berkenaan.Semua undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip perlembagaan dan jika bertentangan , maka undang-undang perlembag