MPU21032 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN

 PENGENALAN


  1. Perlembagaan Malaysia terhasil daripada perjuangan nasionalisme Melayu serta penglibatan etnik-etnik lain yang berunding sesama mereka termasuk sultan negeri-negeri di Tanah Melayu dan pihak British.
  2. Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.





DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN

  • Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.
  • Pada 31 ogos 1957 , Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan buat kali pertama.
  • Kemudian , diperkenalkan pula sebagai perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 Septmeber 1963. 
  • Perlembagaan ialah dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sebuah negara dan sistem politiknya.
  • Perlembagaan menjadi sumber kepada undang-undang dalam negara berkenaan.Semua undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip perlembagaan dan jika bertentangan , maka undang-undang perlembagaan yang lebih unggul diterimapakai sebagai undang-undang yang lebih utama.
  • Secara ringkasnya , perlembagaan persekutuan menyentuh bidang kuasa eksekutif ,legislative,kehakiman , kedudukan islam ,kewarganegaraab ,bahasa kebangsaan ,kedudukan istimewa orang melayu ,bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain.


TUJUAN PERLEMBAGAAN


  • Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
  • Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.
  • Panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan.
  • Memelihara keamanan dan kestabilan politik.
  • Memperuntukkan hak-hak tertentu kepada setiap warganegara dalam konteks perhubungan kaum.
  • Menjamin kestabilan politik dan keamanan sesebuah negara


CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN

a) Kestabilan dalam pemerintahan - Pemerintahan malaksanakan tatacaralazim yang menjadi kebiasaan umum supaya rakyat dapat mengambil bahagian dalam pembangunan negara. 

b) Tanggungjawab ke atas rakyat - Permintaan rakyat merupakan panduan bagi kerajaan untuk bertindak. Ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan disampaikan melalui saluran yang betul. 

c) Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihan raya. 

d) Pembahagian kuasa - Kerajaan bertindak sebagai pembuat dan perlaksana dasar 

e) Kerajaan bersifat terbuka - Perbincangan di Parlimen seperti belanjawan negara dan pembuat dasar-dasar baharu diumumkan menerusi media supaya rakyat maklum.


SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA



PERTUBUHAN - Pada abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Muda, Kesatuan Melayu Perak dan lain-lain yang menjadi medium menentang penjajah.

PERJUANGAN KEBANGSAAN - Ketika penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang pihak lawan. Disamping itu, perjuangan pertumpahan darah yang bermula sejak penjajahan Portugis di Melaka, Inggeris, Jepun dan Belanda digerakkan melalui semangat kebangsaan.

TOKOH -  Selain itu, muncul pula tokoh-tokoh intelektual bagi menyedarkan orang Melayu supaya bangkit menuntut kemerdekaan. Tokoh-tokoh tersebut ialah IBRAHIM YAAKOB, PAK SAKO, RAHIM KAJAI dan lain.

MEDIA MASSA - Wujudnya media massa seperti akhbar dan majalah yang berperanan sebagai medium penyebaran semangat perjuangan seperti  Utusan Malaysia dan Warta Sarawak.





KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA


Perlembagaan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan. Perlembagaan juga mengandungi 16 Bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah:-


Bahagian I : Negeri-Negeri, Agama Dan Undang-Undang Bagi Persekutuan Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

 Bahagian II : Kebebasan Asasi Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki; hak untuk hidup dan kebebasan; kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan; kesamarataan di sisi undang-undang; kebebasan bergerak; kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu; kebebasan agama; hak untuk berpendidikan; dan hak untuk memiliki harta.

Bahagian III : Kewarganegaraan Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara; dilahirkan di sini; berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia; tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian III juga menyatakan bagaimana seseorang boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.

BahagianIV : Persekutuan Bahagian ini memberi panduan kepada sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja.

 Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri. Bahagian ini juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bahagian V : Negeri-Negeri Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing.

 BahagianVI : Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-Negeri Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang.

 Bahagian VII : Peruntukan Kewangan Bahagian VII menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.

 Bahagian VIII : Pilihan Raya Bahagian VIII menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

 Bahagian IX : Badan Kehakiman Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik.

 Bahagian X : Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam Bahagian ini mengenal pasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah pasukan polis, angkatan tentera dan perkhidmatan pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh “Suruhanjaya–suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara umumnya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Bahagian X juga mewujudkan Pejabat Peguam Negara.

 Bahagian XI: Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat. Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.

 Bahagian XII : Am Dan Pelbagai Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak dan memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan.

 Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak. Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak.

Bahagian XIII: Peruntukan Sementara Dan Peralihan Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru untuk menggantikan mereka.

 Bahagian XIV: Kecualian Bagi Kedaulatan, dsb., & Raja-Raja Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam Bahagian XIV.

 Bahagian XV: Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-Raja. Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja harus dibawa di hadapan “Mahkamah Khas ”.






Kesimpulan


  • Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara.
  • Perlembagaan Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan ,sistem politik dan pentadbiran negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat.
  • Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.
  • Permuafakatan sosial yang dipersutujui sewaktu menggubal perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu . 
  • Oleh itu , ketinggian perlembagaan seharusnya dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia.
  • Perlembagaan juga menjadi dasar kepadapembentukan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.
  • Konsep pengasingan kuasa pemerintahan kepada badan perundangan ,pentadbiran dan kehakiman yang diketuai oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah kuasa perlembagaan adalah bertujuan menjamin keamanan dan kemakmuran negara.
  • Peranan Raja Berperlembagaan pula ialah mengekalkan kesinambungan sejarah dan tradisi negara di dalam perlembagaan.
  • Pemerintahan sebegini membezakan Malaysia dengan negara lain.
  • Perlembagaan yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka.


NAMA AHLI KUMPULAN

1. PAVAANI A/P THEVATHAS (13DEM19F1043)
2. THARSHINIE A/P MORTY (13DEM19F1017)
3. MOHAMMAD ARIFF FARHAN BIN ZULKARIA (13DEM19F1035)
4. MUHAMMAD AL-HASYIR BIN MOHD WAZIR (13DEM19F1021)
5. MUHAMMAD HAFFIZZUDDIN BIN ABU HASSAN (13DEM19F1019)


NAMA PENSYARAH

AZMAN BIN AZIZ







        Comments